Wednesday, November 19, 2008

Chicken Soup @ Sup Ayam


Salam..

Hari ni kita buat sup ayam...sup kosong je..takde rempah sangat....so, kalo demam-demam ke kurang selera makan ke..sesuai laa kot..apetah lagi yg sentiasa beselera tu... (^_^)

Bahan-bahan :-

  • Ayam - dipotong ikut citarasa
  • Kentang
  • Rempah Sup/Kurma - 1 sudu kecil
  • Kiub Ayam ( optional)
  • Daun sup
  • Bunga lawang/Cengkih/Kayu Manis/Buah Pelaga
  • Minyak zaitun untuk menumis
  • Bawang merah - dihiris
  • Air
Caranya :
  • Panaskan minyak sedikit, tumis bawang/ bunga lawang/buah pelaga/kayu manis/cengkih/rempah sup atau kurma
  • Tumis hingga naik bau, masukkan air
  • Kemudian masukan kentang, biar sehingga agak empuk
  • Masukkan ayam yg telah dipotong
  • Biarkan ia mendidih, pastikan kentang dan ayam benar-benar empuk
  • Bila dah mendidih, masukkan batang daun sup (nak buh daun saderi pun cun)
  • Bila agak-agak nak tutup api, masukkan daun sup yg di potong kasar
  • Sedia untuk dihidang bersama nasik putih panas, atau nasik ayam....atau makan begitu sahaja.....
  • SELAMAT MENCUBA...!~
....(^_^)

Friday, October 31, 2008

Kerabu Ikan Bilis / Anchovy Salad



Salam..

Okeh, resipi ni saya peroleh ihsan daripada Mak Teh saya...dia laa ajaq wat kerabu ni...dh alang-alang sumber-sumber kerabu mudah didapati di halaman rumah...jadi eden pun toraaii lah..~ (^_^)

Bahan-bahan:
  1. Ikan Bilis (dibasuh, ditos dan digoreng garing)
  2. Bawang merah (dihiris)
  3. Bawang besar (dihiris)
  4. Cili Padi Kampung ( hiris)
  5. Serai (hiris)
  6. Bunga Kantan (Hiris)
  7. Daun Limau Purut (Hiris)
  8. Limau kasturi/nipis
Caran-Caranya :
  1. Gaulkan kesemua bahan dengan ikan bilis digoreng tadi
  2. Perahkan asam limau dan gaul
  3. Ikut citarasa anda nak masam macam mana
  4. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi
  5. Selamat mencuba!~
"Masak dengan sayang, makanan yang kita sayang untuk orang yang kita sayang..." (^_^)

Wasalam.

Hot & Spicy Mutton



Salam...

Resipi ni sebenarnya ilham dari masa pi makan kat Restoran Chines Muslim (Al-Jazeera) kat Taipan USJ dulu...tapi sekarang rasanya dh pindah kot...bertentang ngan lokasi lama...

Dan sebenarnya...resipi ni terhasil pun sebab "recycle"bahan-bahan...sebagai contoh..kambing tu adalah kambing yang dh siap direbus secara empuk masa buat kuah dalca ari tu...sambal tu plak sebenarnya sambal goreng utk kuah satay...jadi kita "mixed n cook" (^_^)

Bahan-bahan :
Kambing (Mutton)/Lamb - direbus sehingga empuk
Bawang Besar - dihiris
Bawang Putih }
Bawang Merah } ditumbuk untuk menumis
Halia }
Serai }
Cili kering ( diblend kering, kalau boleh)
Minyak utk menumis
Gula, Garam & Air Asam Jawa (Secukup rasa)

**Bahan tambahan (jika ada)
Serbuk Paprika
Thymes/Rosemary

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak agak2 molek tu menumis.
  2. Tumis bawang,halia,serai yg telah dititik..sehingga naik aroma
  3. Bila agak garing, tumis cili kering (masukkan serbuk paprika/rosemary/thyme jika ada) tadi...sehingga garing..kalau kurang minyak tambah minyak sket...
  4. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam,gula secukup rasa. Kemudian, masukkan daging kambing tadi dan goreng
  5. Agak sebati, masukkan hirisan bawang dan teruskan menggoreng sehingga anda berpuasa hati (^_^)
  6. Bila dah siap...sedia utk dihidang. Sesuai di makan bersama nasi panas, nasi minyak,nasi tomato...dan nasi-nasi pilihan anda.
  7. Selamat mencuba.
"Masak dengan sayang, makanan yang kita sayang...kepada orang yang tersayang"...(^_^)

Wasalam.

Sunday, September 7, 2008

Bubur Lambuk


~ bUBUr LamBuk~

Bahan-bahannya:
1 pot beras (terpulang)
Daging Cincang
Air Rebusan Daging
Udang Basah
Udang Kering
Kentang (diptong dadu)
Rempah Sup/Kurma
Bawang merah
Bawang Putih
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah Pelaga
Cengkih
Daun Sup
Bawang Goreng (tabur)
MInyak Zaitun
Santan (1 sudu)
Garam secukup rasa
Air

Caranya:
1) Masak 1 pot beras untuk bubur (air banyak), masukkan sedikit garam sebagai perasa, kentang yang dipotong dadu, udang basah dan sedikit udang kering (x nak pun takpa)
2) Sementara tu, daging tadi hendaklah direbus supaya empuk dimakan..masukkan garam, cengkih, buah pelaga, kayu manis ke dalam rebusan itu
2) Kemudian,bila nampak bubur hampir masak..air mcm dah kering sikit dan nasik pun dah jadi bubur...masuk second proses
3) Dengan menggunakan kuali..panaskan minyak zaitun..sikit je untuk menumis
4) Tumis bawang merah dan bawang putih...sehingga naik aroma..boleh masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang dr rebusan daging tadi..
5) Kemudian , masukkan daging...dan ditabur sedikit rempah kurma/sup sebanyak 2 sudu besar
6) Tumis sehingga agak garing..masukkan sedikit air rebusan daging tadi supaya tak hangit
7) Bila dah masak..masukkan ke dalam bubur tadi..dan kacau..
8) Masukkan juga air rebusan daging tu tadi ke dalam bubur...
9) Biarkan ia masak..dan mesra..sambil tu patah2kan daun sup sebagai pewangi..
10) Bila dah siap..bolehlah dihidangkan..ditabur2 bawang goreng...
11) Enak di makan sewaktu berbuka...

SELAMAT MENCUBA...TIDAK KIRA DIMANA JUA KAMU BERADA...(^_^)

Friday, August 8, 2008

Kurma Ayam (w) Kentang

Bahan-bahannya:
- Isi ayam ( dipotong kecil)
- Bawang merah dan bawang putih
- Rempah kurma ( dibancuh)
- Serbuk santan ( dibancuh)
- bawang besar ( dipotong empat)
- sedikit asam keping
- 1-2 bij tomato ( dipotong empat)
- 1-2 biji kentang ( dipotong empat)
- cili hijau ( dibelah hujung)
- air
- gula dan garam
- minyak ( utk menumis)

Cara-caranya:
- tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan
- masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air
- masak rempah hingga sedikit garing
- masukkan ayam dan kentang. seterusnya masukkan air untuk kuah
- setelah kentang dan ayam empuk, masukkan santan.
- masukkan juga asam keping, gula dan garam secukup rasa.
-seterusnya masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yang dipotong empat.
-setelah mendidih, ianya siap dihidang

Notes:
- nak sedap lagi, tumiskan bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih..

Bendi Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan

- 1-2 biji bawang besar }
- 1 ulas bawang putih }
- 4-5 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan) } ditumbuk
- 1 biji cili hijau }
- sedikit ikan bilis }

- 6-8 batang bendi ( dipotong)
- sedikit garam dan gula
- minyak sayur/minyak masak

Cara-cara:
- tumbuk kesemua bahan-bahan tadi.
- panaskan sedikit minyak
- masukkan bahan yang ditumbuk
- tumis sehingga sedikit garing
- masukkan bendi yang telah dipotong
- masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
- sedia dihidang


Saturday, July 26, 2008

Old School Pineapple Tart


Bahan biskut :
400gm tepung halus (tak guna semua, masuk sikit-sikit)
250gm mentega (1 buku)
25gm gula icing
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence

Inti:
400gm gula pasir
2 biji nenas (diparut)
1 sudu besar mentega
1 cm kulit kayu manis

*** Nak mudah, beli yg dh siap tu...hehe.

Cara buat inti:
1. Masak nenas dan gula pasir hingga hancur
2.Masukkan mentega,kulit kayu manis dan masak hingga pekat
3.Sejukkan inti

Cara buat biskut:
1.Pukul marjerin dan gula icing, susu tepung hingga berkrim
2. Masukkan telur dan esen vanilla kacau hingga rata
3. Kemudian masukkan tepung halus dan uli adunan hingga menjadi doh.
4. Ratakan doh menggunakan papan pencanai dan terap mengikut acuan kuih tart dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris.
5. Letakkan inti nenas di tengah dan hias mengikut citarasa.
6. Sapukan sedikit kuning telur di atas hiasan
7. Seterusnya bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

NOTES:
1. Kalau guna marjerin, biskut tart akan nampak lagi kuning and menarik than using butter
2. Masukkan tepung sikit demi sikit and the best uli dengan tangan sebab taknak doh terlalu keras and kering.
3. Adunan ni boleh juga nak buat tart gulung
4. I use ready made punye inti, easier and cheaper



SELAMAT MENCUBA...!!